Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Isnin, 6 Januari 2020

Kenapa aku jual motor besar Z800



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tujuan artikel ini bukan untuk menakutkan orang yang berhajat memiliki motor besar apatah lagi menakutkan semua yang bercita-cita memiliki motor besar, ianya lebih kepada mengapa aku jual motor besar aku pada tahun 2018 lebih kurang hampir setahun lebih.

Bukan juga aku tidak mengambil kira segala segi termasuk maintenance motor besar, kemampuan kewangan, masa dan sebagainya. Sebab utama kenapa aku jual motor kawasaki z800 aku ialah faktor kerjaya iaitu aku telah berpindah daripada Putrajaya ke Pulau Pinang dan memandangkan pada ketika itu aku hanya datang bujang di Penang lebih kurang 4 bulan, maka segala aspek aku ambil kira iaitu daripada terbiar tanpa digunakan lebih baik aku jual.

Selain itu juga, bila dah berpindah jadinya banyak faktor aku ambil kira antaranya jarak ke tempat kerja, keadaan jalan dan juga kesesuaian penggunaan z800 secara harian untuk aku ulang alik kerja. Terus terang memandangkan jalan di penang yang sempit dan kesesakan trafik dekat sini sangat berlainan dan berbeza dengan lembah kelang jadi aku memilih untuk membeli motor kapchai honda RS 150 yang memudahkan aku untuk berulang alik kerja dari tanah besar melalui jambatan pulau pinang ke tempat kerja.

Kalau nak cerita alasan memang banyak dan antara faktor lain ialah kekangan waktu dan masa untuk ride @ travel menggunakan motor besar aku tu memandangkan sistem kerja dah jauh berbeza, bukan boleh sesuka hati keluar dari kawasan. Tanggungjawab juga bertambah di tempat kerja baru, jadi jalan terbaik yang aku pilih ialah dengan menjual z800 aku sementara dan insha allah kemudian hari jika ada rezeki lebih minat sudah beralih arah ke touring bike

Sementara nak menunggu kewangan kembali stabil di penang, kenal dengan geng2 motor besar baru lah boleh intai-intai motor touring pula dan sudah pastinya beli motor besar kali kedua ini tujuan juga berbeza, ianya lebih fokus kepada tujuan untuk mengembara.

Kalau dulu beli motor besar lebih kepada nak buat untuk kegunaan harian ulang alik kerja tapi sekarang lebih kepada nak keluar menggembara itu pun kena tengok waktu yang sesuai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan