Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Selasa, 10 November 2020

BMW GSA 1250 sesuai untuk anda?

Credit pic : https://ultimatemotorcycling.com/


Setelah lama tidak menulis hari ini terasa tiba-tiba ingin menulis dalam blog lama yang terbiar usang ini, setelah lebih 2 tahun aku jual kawasaki z800 aku dan perjalanan paling jauh yang aku buat dengan z800 ialah ride ke krabi. Setelah 4 hari 3 malam mengembara ke krabi, thailand apa yang aku dapat simpulkan ialah jiwa aku telah terarah kepada motorsikal jenis kembara (touring) dan setelah beberapa motor yang aku cuba dan juga tengok review, maka apa yang aku boleh katakan ialah motor BMW GSA 1250 adalah impian yang aku cita-citakan untuk memilikinya

Walaupun banyak lagi jenama seperti KTM, Kawasaki, Yamaha dan beberapa pengeluar motorsikal touring tetapi mata telah terpaut dengan kelebihan yang ada pada BMW GSA 1250 ini. Kalau dikaji dari segi harga memanglah sesuatu yang agak mustahil bagi orang kebanyakkan untuk memilikinya, namun demi memenuhi cita-cita yang inginkan motor ini, perancangan harus dilakukan agar aku dapat memilikinya suatu hari nanti dan perkara pertama yang aku ingin lakukan ialah mengembara keseluruh semenanjung malaysia bersama isteri tercinta

Dari segi spesifikasi motor BMW GSA 1250 ini ialah pakej lengkap cukup untuk rider berdua dengan kapasiti tangki bahan api (minyak) ialah 30 liter yang mampu membawa dari penang ke kuala lumpur untuk 1 tangki penuh. Kelajuan pula BMW nyatakan boleh melebihi 200km/h cukup pada aku untuk perjalanan yang jauh

Keselesaan memang tidak mampu ditandingi oleh motor adventure yang lain pada pandangan aku, seat, riding position dan juga ketinggian motor ini

Sesuai dengan tagline BMW GSA 1250

No destination is to far

Jadi, aku rasa inilah keputusan yang aku buat selepas hampir 4 tahun menggunakan naked biked kawasaki z800, jiwa mengembara menggunakan motor adalah 1 nikmat yang tidak mampu diucapkan.

Sehingga berjumpa lagi dan nantikan kemunculan GSA 1250 dalam blog ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan