Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
02 Februari 2018 (Jumaat) - Genap sepuluh tahun kami kahwin (02.02.2008)
Day 3: Phi Phi Island Tour (Rest Day Ride)
Hari ke tiga kami stay di krabi dan tidak ride, hanya hari ke 4 untuk kami ride balik ke malaysia, jadi hari ni sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 kami ambil pakej island hopping (Phi Phi Island Tour) untuk sehari bermula dari jam 09.00 pagi sehingga 4.30 petang
Sebenarnya banyak tour package di sepanjang jalan Ao Nang Beach Krabi ni, kalau rajin boleh survey semuanya untuk dapatkan pakej yang murah dan berbaloi. Tapi dari bacaan aku di FB, Blog harga pakej untuk High Season sekitar 800-1000 bath untuk seorang (tidak termasuk bayaran National Park - Maya Bay). So aku pula memang malas dan penat nak survey harga jadi kami terjumpa dengan sorang agen (Nee Krabi) untuk pakej Phi Phi Island Tour sorang 800 Bhat + 400 bhat untuk masuk National Park (wajib ambil).
Pakej yang aku ambil ni mereka sediakan makan tengahari termasuk dalam pakej dan makan di restoran halal. Pakej ni termasuk air mineral di dalam bot disediakan serta buah-buahan. Aku ambil dari Barracuda Tour. Layan gambar sepanjang Phi Phi Island Tour ni
|
Pagi hari ketiga kami naik motor untuk sarapan di Bangnara @ Krabi, ada roti canai dan nasi kerabu serta nasi putih, harga murah dan sedap, sebelah Z800 oren aku tu motor versys siam, 2 hari jumpa dia sarapan kat sini, mungkin owner dia la kot |
|
Motor parking betul-betul depan lobi, jadi tak risau tentang keselamatan motor |
|
Orang kata rezeki hari ulang tahun perkahwinan, sepatutnya pagi tu dari krabi town ke ao nang beach naik tuk tuk oleh tour package agent tu tapi ada salah komunikasi antara tour agent dengan pemandu tuk tuk so tour agent tu hantarkan kereta limo untuk ambil kami berdua ke ao nang beach untuk ke island hopping tour |
|
Dalam speedboat untuk island hopping, sebelah tu keluarga melayu yang ambil pakej island hopping dengan kami |
|
Sangat cantik, tu je nak cakap |
|
Selepas makan tengahari kami dibawa ke tempat snorkerling, sejam diberi masa untuk kami snorkerling..best |
|
National park Maya Bay, yang ni untuk bukan warga negara thailand kena bayar 400 bath entry fee |
|
Pasir yang cantik dan pantai memang jernih airnya |
|
Panorama view Maya Bay |
|
Bamboo island untuk destinasi akhir kami sebelum habis island hopping tour ni, jadi kami abadikan tulisan sempenan 10th anniversary kami di pasir pantai bamboo island |
|
Gelang ni kena pakai untuk masuk ke National Park sebagai tanda kita dah bayar entry fee, tapi lepas habis island hopping tour ni kena serah balik huhu ingatkan boleh bawak balik |
|
Cinta hati ku |
|
Nak feeling selfie dalam air |
|
Terujaaa |
|
Ni selepas habis Phi Phi Island Tour, pihak tour agent akan hantar semua ke hotel masing-masing, so masa balik kami naik tuk tuk beramai-ramai, masih lagi boleh tersenyum |
Ok itu sahaja untuk hari ke tiga ride to krabi, memang motor hanya start pagi untuk pergi sarapan je tu pun sebab malas nak berjalan walaupun jarak hotel dengan Bangnara @ Krabi tu dalam 800 meter je tapi tetap malas nak berjalan.
Sekian sahaja untuk kali ini, nantikan entri untuk Day 4 : Krabi to Nilai (balik malaysia
Mijie Z800
Tiada ulasan:
Catat Ulasan