Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Khamis, 9 November 2017

Kos Penyelenggaran Kawasaki Z800 (Maintenance Z800)

Salah satu perkara pertama yang aku pertimbangkan sebelum memiliki Kawasaki Z800 ni ialah kos penyelenggaran seperti servis tukar minyak hitam, tukar tayar, tukar spart plug, brake pad dan make up aksesori motor.

Kali ini aku nak berkongsi dari segi penyelenggaran tukar minyak hitam. Kapasiti engin Z800 iaitu 806cc yang memerlukan minyak hitam sebanyak 3.5 liter @ 4 botol minyak hitam.

Aku menggunakan minyak hitam yang disyorkan oleh kawasaki motor iaitu Silkoline Semi Sintetik yang mana perlu ditukar setiap 4000km.

Kos Penyelenggaraan Z800

1. Minyak Hitam : RM 42 sebotol (Silkoline 1 liter) x 4 botol
2. Oil Filter : RM 39

Total : RM 207

Biasanya bila servis di kedai yang kita beli minyak hitam dia, kos upah servis biasanya dah include sekali so itu jumlah yang perlu dibayar untuk servis. Lepas 4000 km untuk servis seterusnya hanya perlu beli minyak hitam 3 botol sahaja sebab ada lagi balance 500ml @ setengah liter yang terdahulu (ada kedai tolong simpankan baki minyak hitam siap dengan marking no plate motor kita)

So next servis boleh jimat RM 42 dan begitulah seterusnya.

Ok setakat ini dahulu berkenaan servis My Z800, untuk post akan datang aku sentuh pula part tukar brake pad, tayar dan lain-lain

Sehingga berjumpa lagi

MyZ800
Mijie


13 ulasan:

  1. Boleh tak juga harga servisnya, saya sekali servis RR150 RM70.00 pun rasa mahal.

    BalasPadam
  2. Boleh tahan juga harga servisnya, saya sekali servis RR150, RM 70.00 pun rasa mahal. Sorry ayat pertama tu salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer bro,bila makin besar cc nya makin naik la harga, z800 kena 3.5 liter minyak hitam

      Padam
  3. Sy punya skuter pn servis mnyk hitam mnyak gear dgn oil filter pn dh hbs rm145.00

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bro tengok berapa liter kn isi dan jenis minyak hitam

      Padam
  4. Pendapat sy klau beli myk injin sebotol2 mmg harge die mcm tu.. Klau pkai myk injin kereta pun elok jgk kn.. Sbb sy pkai kt moto rr150 sy pn myk injin kereta je.. No2 harga breakpad 1 caliper rm60-80.. Klau taya pulak blh pilih jename ape yg kite nk... Tp taya dpn saje 120/70 tu pn dh rm2++-3++.. Blum lg taya blkg.. Ari tu server je saiz 180/60 rm800... 😁😁
    Yg pnting tu minat kite.. Jlau takot nk pkai.. Ride hujung minggu je.. ✌✌✌✌

    BalasPadam
    Balasan
    1. hati2 kalau nak gunakan minyak hitam kereta, kena tengok kelikatan dan spec minyak enjin tu, walaupun utk berjimat tapi takut nanti akan merosakkan enjin

      Padam
  5. Sy mngunakan jentera kawasaki z800..motor baru pakai..minyak pelincir apa yg sesuai ek???hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Follow je kawasaki rekemen sikoline semi sintetik atau fully sintetik

      Padam
  6. Nak tanya, berapa insurans dan roadtax setahun ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insruance lebih kurang 8-9 ratus road tax pula 800cc ke atas rm 350

      Padam