image dr ebay |
Kali ini aku nak kongsikan mengenai tukar brake pad kawasaki Z800 yang mana My Z800 dah pernah tukar sekali brake pad belakang ketika millage mencecah 25,000 km.
Aku pernah bertanya pada pomen mengenai bila waktu sesuai untuk tukar brake pad, sama sebelah depan ataupun sebelah belakang dan jawapan yang aku dapat ialah bergantung kepada cara kita ride Z800 kita.
Ada orang millage 15 ribu km dah kena tukar ada yang sehingga mencecah 35,000 km millage baru kena tukar, kesimpulannya bila kita hantar servis motor kita tanyalah pomen tentang condition brake pad kita. Terdapat tanda pada brake pad yang menunjukkan ianya sudah habis dan perlu ditukar.
Aku tukar brake pad belakang setakat 3 tahun aku menggunakan Z800 ini dengan millage sekarang ialah 35,000 km.
Bila bercakap tentang kos brake pad, belakang hanya perlukan 1 set brake pad manakala depan pula memerlukan 2 set
Aku tukar di Pusat Servis Kawasaki menggunakan brake pad original daripada kawasaki dan kos 1 set brake pad untuk Z800 ialah RM 110 tidak termasuk caj buruh.
Ada juga cadangan daripada rakan-rakan bikers untuk menggunakan brake pad yang high perfomance seperti brand VESRAH tapi belum terasa nak pakai lagi sebab pakai motor Z800 pun standard tak modified pun
Vesrah Kod untuk Brake Pad Z800 |
Jadilah pengguna yang bijak dan pilihan di tangan anda, terpulang jenama / brand apa yang ingin digunakan cuma perlu pastikan anda membeli barang yang original dan bukannya yang tiruan ataupun clone
Sehingga berjumpa lagi,
MyZ800 - Mijie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan