Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Sabtu, 10 Februari 2018

Ride to Hatyai - Day 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni nak sambung cerita intro ride pergi krabi  pada post yang lepas.

31 Januari 2018 (Rabu)
08.30 am

Day 1 : Bandar Enstek, Nilai - Hatyai

Mula nak bergerak pukul 8.30 am dari rumah
Kalau ikut rancangan awal nak bergerak dari rumah dalam pukul 7.00 pagi tapi macam biasa nak settle itu ini maka jam 8.30 baru nak mulakan perjalanan. Perjalanan melalui Tol KLIA dan masuk highway ELITE dan terus ke lebuhraya utara selatan dengan trafik yang lancar dan kelajuan mengikut had laju kebangsaan.

Next stop ialah R&R Tapah untuk isi minyak dan rehat sebentar tetapi memandangkan motor penuh dengan beg kiri dan kanan serta di tengah, perjalanan maksima 100km dah terasa bebannya jadi buat keputusan untuk berhenti di Hentian Tanjung Malim untuk rehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan.


Route Nilai - Hatyai Day 1
Selepas 10 minit di Hentian Tanjung Malim teruskan perjalanan ke R&R Tapah untuk mengisi minyak dan juga rehat 15 minit sebelum teruskan perjalanan. Jarak dari Bandar Enstek ke R&R Tapah ialah 198km dan kalau Z800 full tank boleh berjalan sekitar 200-250km bergantung kepada kelajuan.


Rest sekejap lepas isi minyak di Shell dan hisap rokok
Lebih kurang 15 minit tayar golek dan destinasi target seterusnya untuk next stop ialah di Shell Tol Juru untuk isi minyak dan rehat sebentar.

Cuaca panas terik

Hampir sampai ke ipoh
Terpaksa pit stop di Hentian Taiping disebabkan saddle bag menunjukkan tanda-tanda panas kena ekzos (saddle bag tak sesuai untuk motor Z800) tambah-tambah bila bawak pillion kat belakang. Rest lebih kurang 15 minit dan betulkan saddle bag sebelum meneruskan perjalanan ke Juru.

Sampai di Shell Juru lebih kurang pukul 12.30 tenghari dan top up minyak dan destinasi seterusnya sepatutnya ke R&R Gurun untuk rehat dan makan tengahari serta solat tapi memandangkan orang rumah dah mula rasa lapar, terus keluar dari Juru pergi makan Ikan Bawal Kelapa Sawit yang disebut-sebut tu.

Lapar dan penat, hanya gambar tulang ikan bawal je sempat snap
Lebih kurang 45 makan dan rehat teruskan perjalanan ke R&R Gurun untuk rehat dan solat, perjalanan masih lagi dengan cuaca yang panas namun di bahagian utara sudah nampak tanda-tanda nak hujan dan memang betul selepas sahaja Tol Sg Dua hujang lebat lebih kurang 2km namun aku teruskan juga perjalanan ke R&R Gurun.

Sampai di R&R Gurun lebih kurang jam 2.30 dan pakaian pun hampir kering walaupun kena hujan lebat sekejap. Settelkan urusan solat dan rehat dan seterusnya destinasi terakhir pit stop sebelum memasukan Thailand iaitu di Pekan Changlung untuk membuat insuran motor serta tukar duit thai bhat.

Kedai Runcit Lima Enam
Kedai runcit lima enam ni terletak disebelah kiri sebelum sampai ke border Bukit Kayu Hitam, disini aku buat urusan insurance 3rd Party (Syarat untuk membawa kenderaan ke siam) untuk tempoh 9 hari bayarannya ialah RM 18. Kedai ni juga dia tolong isikan borang TM2 (Kebenaran membawa kenderaan), Borang TM3 (Passenger list) dan juga Arrival Card (TM6) dengan bayaran RM 2 untuk setiap borang. Selain itu aku juga tukar duit thai bhat di sini dan rate pada aku lebih kurang sama kalau nak banding dengan Money Changer di Mid Valley atau KL yang terkenal dengan rate terbaik. Hari tu aku dapat RM 100 untuk 800 bhat. Selesai semua urusan sebelum tayar golek, uncle kedai tu explain tentang border baru malaysia dan juga sadao (thanks untuk uncle sebab kami 1st time nak cross border). Sebelum ke border aku top up untuk full tank minyak motor dulu memandangkan harga minyak di Thailand sekali ganda dengan harga minyak di malaysia.

Kastam & Imigresen Malaysia Bukit Kayu Hitam yang baru
Bergambar dulu sebelum melepasi kastam dan imigresen malaysia dan meneruskan perjalanan ke hatyai.

Kaunter Imigresen Bukit Kayu Hitam
Urusan untuk keluar negara melalui imigresen BKH kalau menggunakan motor tidak perlu turun, hanya pandu lalu dan sila buka helmet. Waktu aku sampai lebih kurang jam 4.45 tidak banyak motor dan urusan selesai dalam tempoh 5 minit.

Hati berdebar dan teruja bila depan border thailand
Berhenti sekejap untuk ambil gambar kenangan di pintu sempadan thailand dan seterusnya ke Sadao Imigresen untuk urusan masuk ke Thailand dimana Bangunan Sadao Imigresen yang baru membolehkan kita tidak perlu turun dari motor untuk urusan cop passport dan serahkan borang TM6, cuma helmet perlu dibuka untuk pegawai imigresen thai snap muka kita

*banyak pandangan dan banyak dibincangkan tentang prosuder yang betul untuk melepasi pintu imigresen sadao, pengalaman aku, tak turun dari motor, tapi ada orang lain yamg masuk perlu turun motor dan parking motor seterusnya pergi ke kaunter 9 untuk cop passport. Ada juga yang parking motor dan masuk ke bangunan baru kastam untuk urusan cop passport. Kesimpulannya bergantung kepada hari tersebut, apa yang penting serahkan TM6 dan passport kita di cop.

Kaunter Kastam untuk urusan motor berada di tepi bangunan baru
Selesai je urusan passport di kaunter imigresen pergi ke bangunan baru dan parking motor di situ untuk urusan declaration motor di kaunter kastam. Alhamdulillah urusan selesai dengan cepat lebih kurang 10 minit sahaja dah selesai di kastam (mungkin sebab hari biasa dan waktu pun dah pukul 5 petang waktu malaysia).

Selepas selesai urusan kastam bermakna dah selesai urusan masuk border dan welcome to thailand...alhamdulillah pengalaman kali pertama masuk ke siam dengan motor settle tanpa sebarang masalah. Next ialah berhenti di pekan danok sebelum ke hatyai untuk beli sim card siam.

Selepas border banyak kedai jual sim card, pilih je yang berkenan
Memandangkan ride bersama wife dan baru 1st time masuk siam jadi aku perlukan sim card thailand untuk gunakan Google Maps dan juga Waze untuk ke Hatyai.

Sim card yang aku beli ialah Happy Tourist Sim Card 4G untuk tempoh 5 hari dengan unlimited data dan kelajuannya 1mbps dengan harga 150 thai bhat.

ni contoh sim card DTAC
Sepanjang 4 hari di Thailand aku memang puas hati gunakan sim card DTAC dengan hampir keseluruhan tempat yang aku pergi dapat coverage 3G & 4G. Manakala bini aku pula aku hanya tethering daripaa phone aku jadi tak perlu untuk beli 2 sim card.

Hatyai Genting Hotel dengan rate RM 60 untuk 1 malam
Akhirnya sampai ke Hatyai lebih kurang jam 6.00 petang waktu thailand (7.00pm) waktu malaysia dengan jarak lebih kuang 58km daripada pekan danok. Pengalaman kali pertama ride di jalan thailand membuatkan aku berhati-hati dan purata kelajuan ialah 90km/j. Memandangkan tujuan kami adalah untuk ride ke krabi dan hanya tidor 1 malam di hatyai untuk berehat sebelum pagi esoknya teruskan perjalanan ke Krabi jadi kami hanya pilih hotel bajet dan apa yang aku boleh cakap, walaupun hotel bajet tapi hotelnya bersih dan sangat2 selesa untuk berehat dan tidor. Parking motor di depan lobi dan ada staff hotel yang jaga...dan memang selamat untuk parking motor. Genting Hotel di Hatyai ni berhampiran dengan Stesen Keretapi Hatyai lebih kurang 1.5km ke lee garden hotel dan Asean Market, tapi persekitarannya yang sunyi serta tenang memang sesuai untuk berhoneymoon berehat.

Sak Siribigbike di Hatyai Town

Memandangkan pengalaman kali pertama buat persiapan ride cross border aku terlupa untuk bawa minyak rantai (chai lube) jadi nak tak nak tanya kawan-kawan dalam group whatsapp dan google ada 1 kedai motor yang buka lagi pada malam tu, terpaksa beli chain lube di sak siribigbike untuk spray rantai memandangkan dalam perjalanan kena hujan dan panas dan lebih 500km perjalanan. Aku biasanya spray rantai motor setiap 400km sebab nak jaga rantai supaya tahan lama

Chain lube 250 bhat
Balik hotel mandi dan bersiap untuk keluar makan dan ronda-ronda sekitar bandar hatyai.

Teh Ais Madu perghhh padu

Nama kedai ni Kai Tod Decha & Seafod

Pekerja mereka boleh berbahasa melayu dan harga makanan dikedai ni amat berpatutan dan menjadi tumpuan rakyat malaysia yang melancong ke hatyai. Boleh search google maps or waze "Kai Tod Decha"

Tomyam Seafood untuk sorang makan tapi serius sangat banyak dan memang tak habis pun makan 2 orang, rasa dia? paduuu sangat

Daging bakar, yang ni aku rasa memang tak tahu nak cakap macam mana, sangat best, lembut dan sangat sedap

Sotong celup tepong..best
Gambiran depan kedai sebelum naik tuk tuk

Memandangkan perut dah kenyang dan malas nak jalan kaki ke asean market maka kami ambil tuk tuk depan kedai ni dengan kos 100 bath untuk 2 orang ke asean market...first time naik tuk tuk memang seronok sampai selfie stick pun tertinggal atas tuk tuk..burnnn


Kami jalan-jalan cuci mata je tapi beli juga selipar sorang satu memandangkan kami tak bawak selipar dari malaysia dan nak guna untuk island hopping di krabi nanti

Kalau datang dengan kereta dan bajet lebih memang shopping sakan ni, harga barang2 pun murah
Balik ke Hatyai Genting Hotel juga naik tuk tuk dengan 100 bath untuk 2 orang dan malam tu terus tidor sebelum meneruskan perjalanan ke krabi untuk hari kedua

Ok sehingga berjumpa lagi

Mijie Z800

12 ulasan:

  1. Hatyai😍😍😍Best dpt p ni..kita bulan 8 ni nk tayargolek k sana.Tq ats perkongsian.👍🏻👍🏻👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 bro, ride safe bro..dan enjoy view sepanjang perjalanan

      Padam
  2. Bos saya baru pakai z 800 ni..nk tanya cara penjagaan z800 ni..klu ride jauh2 kna brenti setiap brapa km

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah bro, penjagaan z800 sama je mcm motor2 lain, cukup masa kn servis, lepas tu kalau dah millage 40 ribu ke atas kn ready untuk buat valve clearance (bajet dlm 1000 kos), part lain sama je tayar, rantai

      part jalan jauh, make sure bawak chain lube, setiap 500km spray chain lube kat rantai..

      technically nak berhenti setiap berapa km tu bergantung pada ketahanan bro, cuma full tank z800 ni boleh pergi 180-230km speed avearage 150km/h, kalau perah lebih maka lagi lah kurang jaraknya yg kita dapat

      saya selalunya setiap kali nak ride akan plan setiap 150km then maksima pun 200km saya akan berhenti utk isi minyak dan rest 10 minit

      kalau non stop yg sy buat sebelum ni - gua musang ke kota bharu, gua musang ke bentong pahang, krabi ke satun

      Padam
  3. Assalammualaikum, nak tanya cara kita komunikasi dgn mereka macam mana ya? Dan katakan mencari kedai makan utk cari yang halal tu mudah ke? First time nak masuk sbnrnya ni hehehe 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, komunikasi rasanya takde masalah setakat ni kalau di hatyai, krabi kedai makan muslim kebanyakkan boleh bertutur dlm bahasa melayu (patani) dan kalau yg rak boleh mereka guna bahasa inggeris,

      Part kedai halal memang sgt banyak tak perlu risau

      Padam
    2. Oh fhm2. Bab insurans tu bole ke kalau kita beli utk sekian2 hari saja? Ada dengar juga dr bikers lain katanya better ambil yang setahun sekali.

      Padam
    3. Ok bro berkaitan dgn insurans ni macam2 kalau nak dibaca cuma tengok kepada kegunaan kita, ada orang cakap ambil yg setahun sebab kerap nak cross border, kalau sy pula jenis jarang ride, setahun mungkin sekali je so apa yang sy buat sy beli minima yg disyaratkan iaitu 9 hari sahaja (3rd party insurance yang wajib, yg voluantary (pilihan) sy tak ambil sebab kapisiti sy jarang ride ke thailand. Tapi kalau berkemampuan boleh ambil

      Option lain ialah sy ambil extension 101 dgn syarikat insurance yg motor sy guna untuk cover kes kemalangan di thailand (minima seminggu kos lebih kurang RM 25)

      Selain itu saya juga beli travel insurance untuk tempoh sy pergi thailand dan selebihnya kita bertawakal pada Allah untuk pohon jgn ditimpa sbrg masalah bila kita mengembara (niat kena betul)

      So ini pandangan dan pengalaman saya yang baru setahun jagung cross border

      Kalau bro nak tahu lebih banyak dari otai2 sy suggest bro join group facebook Advance Touring Malaysia (ATM)

      https://www.facebook.com/groups/adventuring/

      lagi 1 page kembaraku

      https://www.facebook.com/groups/394397437365245/

      Banyak orang share pengalaman mereka semasa cross border

      Padam
    4. Oh alright. Terima kasih bang sudi share pngalaman

      Padam
    5. Sama2 bang, share setakat yg sy tahu

      Padam