Sejujurnya aku tak pernah pakai motorsikal yang besar sebelum aku buat keputusan untuk beli z800 ni. Selama ni aku hanya pakai motor Honda Wave 110R dan macam-macam pandangan serta nasihat yang aku dapat sebelum beli z800.
Ada banyak pandangan tetapi semuanya bergantung pada kita, betul kan? So selepas timbang tara dan macam-macam pandangan yang aku terima antaranya :
- Baik bermula dengan motor 250 cc terlebih dahulu supaya dapat biasakan dengan motor cc besar dan kuasa HP yang tinggi.
- Beli motor 600 dahulu lepas tu bila dah biasa upgrade
- Beli je terus cc besar nanti lama-lama akan biasa
Sebenarnya nak beli motor ni banyak kategori seperti supersports (superbike), naked biked, easy ride, touring bike dan macam-macam lagi, apapun sebelum buat keputusan tengok apa tujuan dan kegunaan kita nak beli z800
Ok bab pengalaman pertama bawa z800 ni memang terasa berat yang amat sebab 229 kg berat motor ni ditambahkan lagi dengan posisi tunggangan nampak seakan superbike sikit tapi antara touring bike dengan superbike.
Kali pertama bawa memang kena jaga throttle jangan terlebih pulas serta kena hati-hati semasa berhenti sebab pengalaman pertama kali bawa motor besar memang terasa berat sangat. Apa pun yang penting kenalah kawal nafsu dan juga dalam tempoh belajar bawa motor besar ni kena bersabar dan pedulikan kelajuan motor-motor lain
Penting untuk kita kenal dulu sifat motor kita, keupayaan motor kita dan cara untuk kita mengawalnya.Kelebihan aku pula cuma tinggi aku 178cm jadi tiada masalah semasa berhenti di traffic light sebab perlukan kekuatan kaki semasa berhenti dan begitu juga apabila mencelah di antara kereta janganlah rasa kita bawa motor kapcai sebab handling motor besar sangat jauh beza dengan handling motor kecil ni.
Penting ialah semasa nak u-turn ataupun membelok bila bawa z800 ni tak boleh belok pusing handle macam bawa motor kecil sebab kalau tak kena gaya boleh terbalik motor. Aku ambil masa lebih kurang sebulan baru kenal karekter motor dan tahu macam mana nak kawal, lepas tu baru boleh nak speed.
Ok kita sambung lagi pada post akan datang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan