Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Rabu, 8 November 2017

Ride Balik Kelantan - Part 3

08 Jun 2017 (Khamis)
10.00 Pm

Hari ketiga di Kota Bharu dan sampai masa untuk ride solo balik semula ke rumah sendiri setelah 3 hari tinggal anak bini.

Perancangan awal nak bertolak pukul 7 pagi tetapi memandangkan kuih kegemaran pada bulan puasa "kuih akok" hanya dijual pada jam 9 pagi jadi aku ambil keputusan untuk tunggu sehingga selesai beli kuih akok di kedai untuk dibawa balik ke rumah (anak2 hantu kuih akok)

Kuih Akok
Aku bernasib baik sebab kedai yang jual kuih akok baru siap masak dan masa aku sampai tu pelanggan belum sampai, kiranya aku jadi orang pertama beli kuih akok. RM 20 aku pesan untuk di bawa balik ke rumah.

Memandangkan motor kawasaki Z800 ni jenis naked bike jadi masalah utama kalau nak buat kembara @ ride jauh ialah tak boleh nak pasang Top Box untuk letak barang-barang sepanjang ride. (Bukan tak boleh pasang top box tapi tak cantik 😅)

Gunakan tail bag brand Bagster
Untuk ride jauh memang aku dah beli tail bag untuk diikat di seat belakang Z800 cuma kekurangan dia ialah hanya boleh solo je, kalau nak bawak pillion kena cari jenis side bag yang ikat kiri dan kanan motor Z800.

Tayar golek yang sebenar ialah pukul 10.15 AM setelah semua di isi, kuih akok dan beberapa jenis kuih yang hanya ada pada bulan puasa disumbat dalam tail bag Bagster tu

Kota Bharu - Shell R&R Gua Musang (160km++)

Perjalanan bermula dengan cuaca yang baik, trafik sepanjang perjalanan daripada Kota Bharu - Kok Lanas - Machang - Kuala Krai - Shell R&R Gua Musang sangat baik dan kelajuan purata lebih kurang 150km/j.

Shell R&R Gua Musang
Tiba di Shell R&R Gua Musang lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan isi minyak (RM20) dan berehat lebih kurang 10 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur



Shell R&R Gua Musang - Shell Pekan Bentong (210km++)

Solo ride dengan Z800 sebenarnya memerlukan sedikit ketahanan kerana motor jenis naked biked sebenarnya untuk dalam bandar dan tidak berapa sesuai untuk ride jauh.

Kali ini perjalanan cukup santai bermula dari Shell R&R Gua Musang dan seterusnya ke Merapoh dan memasuki highway baru dengan kelajuan sederhana tetapi sempat juga mencuba pulas minyak dengan kelajuan 200km/j di highway baru. Selebihnya dengan kelajuan lebih kurang 130 -150 km/j sehingga memasuki Kuala Lipis, Pekan Raub sehingga sampai ke Shell Pekan Bentong untuk top up minyak.

Secara puratanya minyak full tank untuk My Z800 menggunakan RON 95 dapat jarak antara 190 -230 km dengan purata kelajuan 130 -170 km/j.

Selepas top up minyak di Shell Bentong target seterusnya ialah Hentian Tol Bentong untuk solat jamak zuhur dan asar sebelum meneruskan perjalanan ke rumah di Nilai. Memandangkan badan sedikit penat selepas ride tanpa henti dari gua musang ke bentong jadi selepas solat sempat juga berehat lebih kurang 30 minit sebelum meneruskan perjalanan.

Sampai di rumah dengan selamat lebih kurang jam 04.45 PM

Kesimpulan Ride Kelantan :


Jarak Perjalanan Nilai - Kota Bharu - Nilai (1000km++)
Minyak RON 95 : Nilai - Kota Bharu
Petronas Nilai (RM 25)
Petronas Benta (RM 23)
Petron Gua Musang (RM15)
Total : RM 63

Minyak RON 95 : Kota Bharu - Nilai
Shell Kubang Kerian (RM 25)
Shell R&R Gua Musang (RM 20)
Shell Bentong (RM20)
Total : RM 65

Sekian sedikit perkongsian pengalaman ride balik kelantan

Sehingga berjumpa lagi,

MyZ800
Mijie

4 ulasan:

  1. TerimaKasih atas perkongsian.Minat gila z800 tp iyelah syukur yg trmmpu j lh 😎

    BalasPadam
  2. Teringin nak pakai..tapi insuran tahunan mcm mna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. road tax RM350 setahun, insurance 1st party single rider dalam 800-1200 then kalau all rider top up lagi dlm 2-3 ratus

      Padam