Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Rabu, 8 November 2017

Meronda dengan My Z800 di Kota Bharu

07 Jun 2017 (Rabu)

03.00 PM

Hari kedua bersantai-santai di Kota Bharu tanah tumpah kelahiranku, rancangannya hari khamis akan balik semula ke Nilai jadi hari ni hanya berehat dan bersantai. Berkesempatan datang ke tempat ikonik yang sentiasa menjadi kunjungan biker yang datang ke Kota Bharu. Akhirnya sampai juga My Z800 disini.
My Z800 at Dataran Rehal



Lokasi Dataran Rehal yang terletak berhadapan dengan "Bank Pitis" serta Istana Jahar



Selepas bersiar-siar di sekitar Kota Bharu balik berehat di rumah mak dan malam pula dah berjanji dengan Bomba Biker Club (BBC) Kelantan utk sesi TT makan "Colek" yang mana bila tiba bulan ramadhan, colek cukup terkenal dan biasanya selepas habis solat terawikh ramai pengunjung akan berpusu-pusu mencari kedai yang menjual colek

Selfie sikit
Geng BBC Kelantan (Aku, Syafi, El Taraf & Johari)

Memandangan esoknya aku nak balik ke Kuala Lumpur (Nilai) semula jadi sesi ber "TT" stop lebih kurang jam 12 malam dan terus balik ke rumah untuk berehat, terima kasih kepada geng BBC Kelantan yang dapat berjumpa malam tu.

Sehingga berjumpa lagi,

My Z800 
Mijie

Baca juga ride balik kelantan part 1 & part 2 hari pertama :

Ride Balik Kelantan Part 1

Ride Balik Kelantan Part 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan