Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Rabu, 8 November 2017

Ride Balik Kelantan - Part 2


Petron R&R Gua Maps from Google Maps
Memang lama sangat nak sambung Ride Balik Kelantan Part 2 ni, maklumlah dengan kekangan belajar yang tak mampu nak selang seli dengan menulis di blog ini.

Tarikh : 06 Jun 2017

Sambungan dari Ride Balik Kelanatan - Part 1 yang mana aku perjalan diteruskan daripada Petronas Benta, Pahang dan target seterusnya ialah untuk berhenti di Hentian Rehat Gua Musang yang baru yang ada Stesen Minyak Petron.

Lebih kurang jam 05.30 petang sampai di Hentian Rehat Gua Musang dan terus top up minyak full tank sebab aku plan untuk tidak berhenti sehingga lah sampai ke kampung halaman (Kota Bharu). Lepas isi minyak aku terus ke surau untuk solat jamak sebelum meneruskan perjalanan dan rehat sebentar.

Jam 06.00 PM tepat aku terus bersiap untuk My Z800 bergolek rodanya untuk meneruskan perjalanan yang berbaki lebih kurang 200km sebelum sampai ke Kota Bharu.

Ride di bulan puasa ini betul-betul mencabar dengan cuaca panas sepanjang perjalanan.

Daripada Gua Musang ke Kota Bharu, trafik tidak sibuk memandangkan ride aku ni adalah waktu hari bekerja tambah pula sejam lebih lagi waktu nak berbuka puasa. Bila dah masuk sempadan daerah Kuala Krai aku memperlahankan pemanduan memandangkan waktu petang ramai yang keluar ke bazar ramadhan mencari juadah berbuka puasa.

Alhamdulillah aku sampai di kampung ibu ku tepat azan maghrib berkumandang yang menandakan waktu berbuka puasa, perjalanan lebih kurang 200 km daripada Gua Musang ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit.

Ride Balik Kelantan Day 1  

Nilai - Kota Bharu (550km++)
Perjalanan (02.30 pm - 07.10 pm)
Kos Petrol : Nilai (RM 23) + Benta (RM 25) + Gua Musang (RM 15) = Total RM 63 (RON 95)

Ok kita sambung lagi di hari lain

My Z800
(Mijie)

 

2 ulasan: