Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Ahad, 26 November 2017

Pemilihan tayar motor besar

Kali ini aku nak kongsikan tentang penggunaan tayar untuk motor Kawasaki Z800 dan seangkatan dengannya. Sebelum buat pemilihan tayar apa yang nak diguna lebih baik kita fahami dulu jenis-jenis tayar supaya kita dapat tentukan apakah jenis tayar yang sesuai untuk kita.

Pertamanya kalau kita pakai motor besar hanya untuk digunakan pada hujung minggu seperti meleper di Karak International Circuit ataupun track day di sepang maka elok gunakan tayar yang jenis super slick atau selalunya jenis tayar soft compound yang mana tayar ini sesuai untuk layan korner. Tapi kalau dah jenis lembut biasanya ketahanan tayar tidak dapat perbatuan /millage yang tinggi, maksima biasanya antara 5000 hingga 6000 km sahaja dan bunga tayar akan habis dan juga tidak lupa harga untuk sepasang tayar jenis ini biasanya agak tinggi.

Pirelli Diablo Supercorsa SP


Jadi penting untuk memilih tayar adalah dengan menentukan kegunaan kita, kalau macam My Z800 aku ini jenis daily ride dan aku lebih pentingkan untuk dapat millage yang lebih tinggi supaya dapat berjimat. Daily ride sehari lebih kurang 90 km sehari ulang alik kerja, kalau sebulan lebih kurang 2000 km dah 6 bulan ulang alik kerja dah mencecah 12,000 km.

Antara tayar yang pernah aku guna ialah tayar asal Dunlop Sportmax D214, Bridgestone Battlax T30, Battlax S20 Evo, Pirelli Angel ST, Continental Conti Sport Attack 2 dan Michelen Pilot Road 4. Semua tayar yang aku guna ni menunjukkan millage yang berbeza dan juga setiap jenis tayar ada perbezaan dia bila menggunakannya. 

Saiz asal untuk tayar Z800 untuk rear / belakang ialah 180/55 ZR 17 manakala bahagian front / depan pula 120/70 ZR 17.

Dunlop Sportmax D214
Tayar asal yang digunakan pada Z800 hanya mampu bertahan 12,000 km, secara keseluruhannya tayar dunlop sportmax D214 ini ok untuk tujuan daily ride dengan double compound tetapi memandangkan baru mula pakai motor jadi cara tunggangan mempengaruhi ketahanan tayar. Selepas millage 12,000 km tayar dunlop sudah menunjukkan botak di tengah namun bahagian tepi bunga masih lagi tebal, mungkin sebab banyak main pick up dan jentera Z800 yang berat melebihi 230kg juga mempengaruhi ketahanan tayar.

Walaubagaimanapun hanya tayar belakang sahaja yang habis bunga, tayar asal hadapan mampu bertahan sehingga 23,000 km millage sehingga tukar tayar yang lain.

Bridgestone Battlax T30 
Tayar belakang yang pertama kali tukar, tayar jenis sport touring tetapi mempunyai kelebihan apabila mengambil selekoh, so far ini adalah antara tayar terbaik yang aku gunakan. Ianya juga tayar jenis double compound dimana bahagian tengah jenis hard, tepi pula medium. Tayar Battlax T30 ini sesuai dengan pelbagai keadaan dimana ketika musim hujan juga tayar T30 ini beraksi cemerlang dan masih mampu memecut 180km/j di highway. Cuma masa ambil selekoh / corner bergantung pada yang bawak, kalau cuaca panas ketika di selekoh sangat konfiden untuk layan lap. Millage Battlax T30 aku guna dapat bertahan sehingga 25,000 km dan kebiasaannya bunga tayar habis pada bahagian tengah dulu. Overall tayar T30 adalah antara yang terbaik untuk kegunaan daily ride dan sekali sekala layan highway karak pun masih memberikan respons yang baik. Harga tayar Battlax T30 masa aku tukar hari tu RM 650 siap pasang.

Battlax S20 Evo
Tayar S20 Evo ni aku guna untuk gantikan tayar hadapan, jenis tayar soft compound dan untuk hyper sport dimana sebenarnya tayar ini tidak sesuai untuk My Z800 kerana ianya mengeluarkan bunyi yang bising. Tetapi dari segi prestasi sememangnya ianya sangat cemerlang terutamanya ketika corner / mengambil selekoh yang tajam memang jenis tayar yang grip terutamanya bila tayar dah panas. Harga S20 Evo siap pasang kalau tak silap aku masa tu ialah RM 430 siap pasang. Untuk tayar hadapan ini millage yang dapat lebih kurang 20,000 km.

Pirelli Angel ST
Tayar belakang yang ketiga digunakan oleh My Z800 dan secara keseluruhannya tayar ni adalah jenis sport touring, single compund yang mana jenis medium hard. Dari segi prestasi ketika aku gunakan ialah ok untuk digunakan ketika cuaca baik tetapi ketika hujan tayar ini ada sedikit rasa geli-geli terutamanya apabila melanggar garisan putih. Dari segi ambil selekoh ianya cukup baik tetapi tidaklah cemerlang seperti Battlax T30. Manakala dari segi perbatuan / millage tayar ini aku gunakan hanya 15,000 km dah start botak tengah. Harga siap pasang kalau tak silap masa tu ialah RM 530.

Continental Sport Attack II
Ini tayar ketiga untuk tayar hadapan, jenis tayar medium soft compound dimana ianya sangat baik untuk mengambil selekoh. Tayar ini adalah buatan malaysia dan harga sangat mampu milik dan murah berbanding dengan tayar jenama lain. Dari segi prestasi ianya ok ketika cuaca panas namun ketika waktu hujan ianya sama juga dengan jenis tayar-tayar lain. Harga masa aku tukar untuk tayar depan ialah RM 320 siap pasang. Cuma ini pandangan aku sahaja, kelemahan tayar continental sport attack ini apabila dah guna melebihi 10,000 km millage ataupun lebih kurang setahun ianya mula tidak sekata pada permukaan tayar dan sedikit bergegar ataupun tak konfiden bila waktu selekoh.

Michelin Pilot Road 4
Sekarang ini untuk tayar belakang My Z800 aku gunakan tayar ini setelah banyak review yang aku baca mengatakan antara tayar jenis sport touring yang cemerlang dan mempunyai millage perbatuan yang baik. Harga masa aku pasang lebih kurang RM 650 dan secara keseluruhannya tayar ini memberikan prestasi yang cemerlang setakat 2,000 km aku gunakan. Dari segi ambil selekoh ianya sangat baik dan cemerlang seperti Battlax T30 dan ketika hujan juga cengkaman tayar ini baik pada pandangan aku. Dari segi millage ada yang review mampu cecah 28,000 km untuk Z800.

Ok ini sahaja pengalaman tayar yang telah aku guna untuk My Z800 dan pengalaman aku mungkin tidak sama dengan orang lain. 

Jadi sebelum menukar tayar motor anda, tentukan dahulu jenis kegunaan motor anda, jenis touring jalan jauh, daily ride, meleper di karak dan sebagainya lepas tu baru pilih tayar yang sesuai untuk anda gunakan. Pandangan aku, jangan terlampau berkira atau nak jimat untuk tayar kerana keselamatan motor anda banyak bergantung pada prestasi tayar yang anda gunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan