Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Ahad, 11 Februari 2018

Ride Hatyai - Route 41 Phtattalung - Emerald Pool, Trang - Krabi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sambungan Day 1 Ride ke Hatyai dan Krabi, lihat post Ride to Hatyai Day 1 untuk kisah hari pertama ride.

Day 2: Hatyai - Route 41 Phattalung - Emerald Pool - Krabi

01 Februari 2018 (Khamis)
08.00 am

Hari kedua ride yang aku namakan sebagai Ride 10th Anniversary kami, kiranya sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 disambut di Krabi seperti yang dirancang cuma cara ke Krabi di tukar dari gunakan flight dengan menaiki motor Z800 aku.

Depan Hatyai Genting Hotel
Check out di Hatyai Genting Hotel pukul 8.00 pagi dan bersiap-siap untuk teruskan ride hari kedua dan terus pergi sarapan pagi di Salma Restoran berhampiran dengan hotel aku menginap.

Nasi lemak di Salma Restaurant Hatyai, rasa? aku rasa nasi lemak dekat malaysia lagi sedap
Sarapan pagi lebih kurang 30 minit dan terus tayar golek menuju ke destinasi pertama iaitu Route 41 Phattalung. Waktu pagi disekitar bandar hatyai tidaklah berapa sibuk ataupun mungkin jam dah pukul 9 keadaan trafik beransur baik.

Route untuk hari ke 2 ride
Baki minyak motor hari pertama masa isi full tank di Bukit Kayu Hitam masih lagi banyak jadi aku terus ke AH2 Route 4 menuju ke Route 41 Phattalung dengan jarak lebih kurang 104 km dan ambil masa dalam 1 jam 30 minit dengan kelajuan purata 100 km/j.

Sebelum sampai ke Route 41 Phattalung aku berhenti isi minyak di Shell Phattalung dan top up untuk full tank lebih kurang 280 bhat dengan harga seliter untuk V-Power 95 (34.5 bhat/liter). Lepas isi minyak terus ke Route 41 Phattlung lebih kurang 20km sahaja lagi.

Pintu masuk Cafe Route 41 Phattalung

Menjadi tumpuan destinasi para pengembara dari malaysia samaada bermotor ataupun berkereta

Finally we did it

Green Tea yang sangat sedap

Berjumpa dengan konvoi dari Johor nak ke Koh Sa Mui

Motor tak kira cc sentiasa singgah disini

Abaikan mata tertutup, tengah panas


The Lucky Gate, rugi tak ambik gambar dengan motor dekat sini
Cafe di Route 41 Phattalung ni baru sahaja menyediakan makanan frozen halal untuk mereka yang nak makan..tapi aku hanya minum coffe dan tea sahaja sambil rehatkan badan, bergambar dan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya sempat juga beli 2 keping sticker Route 41 untuk ditampal di motor sebagai kenangan.

Seterusnya meneruskan dari Route 41 ke Emerald Pool melalui Route 4151 - Route 4038 - Route 4021. Sepanjang perjalanan nak ke Emerald Pool pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dan laluan juga ada yang macam laluan simpang pulai nak ke cameroon.

Sedikit video Route 4151 macam jalan simpang pulai ke tanah rata cameroon


Setelah hampir 2 jam akhirnya sampai juga ke Emerald Pool Krabi iaitu destinasi ride untuk hari kedua. Untuk motor dikenakan bayaran sebanyak 10 bhat untuk parking dan untuk memasuki Emerald Pool bagi bukan warganegara Thailand bayaran sebanyak 200 bhat dikenakan.

Emerald pool, nak masuk kena berjalan kaki lebih kurang 1.4km

Blue Pool, Subhanallah sangat cantik

Add caption

Blue Pool tidak dibenarkan untuk mandi, hanya untuk datang tengok dan snap gambar je

Nak ke blue pool kena berjalan naik bukit lagi dari emerald pool lebih kurang 300 meter

Oppsss

Hanya emerald pool yang dibenarkan mandi, tapi aku hanya basahkan kaki je sebab malas nak mandi, tak besar sangat dan pengunjung yang ramai
Parking motor di Emerald Pool insha Allah selamat, aku tinggal saddle bag dekat motor selamat tanpa ada orang usik, satu benda yang nak aku puji bila di siam, mereka jaga pelancong yang datang dan tak perlu risaukan keadaan motor
Oh ya di Emerald Pool kalau kita jenis yang ride dengan motor boleh je bawak beg, helmet untuk masuk ke Emerald Pool ataupun sebelum pintu masuk emerald pool ada 1 kedai makan muslim iaitu kedai yang mula2 dari tempat parking motor sebelah kanan, boleh borak dengan owner kedai (abg soleh) lepas mintak nak tinggalkan helmet dan beg dekat kedai dia..insha Allah selamat, tapi janganlah pergi kedai dia semata nak tinggalkan barang, minum or makan la dekat kedai dia dulu kan...rasa masakan kedai dia memang best dan murah.

Masakan simple tapi sangat sedap
Lepas habis jalan-jalan di Emerald Pool untuk ride hari ke 2 destinasi seterusnya ialah Krabi Town untuk 3 hari 2 malam dan setelah survey hanya hotel di Krabi Town sahaja yang sesuai untuk parking motor dan juga dalam bajet hotel untuk kami tidor. Emerald Pool ke Krabi lebih kurang 56km dan sejam perjalanan.

Riverside Hotel di Krabi Town, parking motor depan lobi hotel dan harga untuk 1 malam melalui agoda ialah RM 85 dan sebenarnya hotel ini ada 2 bangunan iaitu baru dan lama, kalau nak booking bilik yang baru make sure pilih room with balcony, kalau bilik di bangunan lama harga hanya RM 60 untuk 1 malam
Ok tamat sudah Ride to Krabi Day 2 dan untuk hari ketiga takde ride, kami pergi island hopping dan hari ke 4 baru kami ride balik ke malaysia. Layan gambar
Signboard Welcome to Krabi ni lebih kurang 15 km sebelum sampai ke Krabi, berhenti sekejap untuk ambil gambar

Kalau datang Ao Nang Beach Krabi rugi la tak ambil gambar kenangan ikan di krabi ni. Bukti dah sampai di Krabi hehe

Masjid di Ao Nang Beach Krabi
Itu sahaja hari kedua Ride to Krabi bersama isteri sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10, malam tu kami jumpa dengan agen untuk pakej Phi Phi Island Tour (7 Pulau) dan juga makan di sekitar Ao Nang Beach sambil-sambil cuci mata dan beli sedikit cenderahati untuk dibawa balik ke Malaysia.

Sebenarnya kalau nak meriah lebih baik tidor di sekitar kawasan Ao Nang Beach sebab kedai makanan halal banyak dan meriah berbanding dengan Bandar Krabi. Jarak Ao Nang Beach dengan Krabi Town lebih kurang 18km.

Sekian sahaja, sehingga berjumpa lagi

Mijie Z800




Tiada ulasan:

Catat Ulasan