Assalamualaikum dan berjumpa kembali di penghujung tahun 2017 ini dan ini post penutup untuk tahun 2017 aku rasa. Kali ini aku nak share pengalaman tentang masalah cable clutch Z800 motor aku yang dah putus nak masuk kali kedua.
Sepanjang 4 tahun aku menggunakan Z800 ianya pernah putus sekali selepas 1 tahun lebih menggunakannya dan kos untuk tukar cable clutch Z800 ketika itu lebih kurang RM 70. Aku pernah juga bertanya kepada rakan-rakan lain yang menggunakan motor Z800 yang lain tapi ada yang dah pakai lebih dari 4 tahun dari mula-mula sampai sekarang belum pernah putus. Jadi aku tidak anggap ianya sebagai masalah sejagat tentang cable clutch Z800 ini.
Mungkin hanya masalah pada penggunaan ataupun cara kita menunggang Z800 yang menyebabkan ianya terputus, ada juga faktor lain seperti gunakan clutch lever yang after market yang tak berkualiti menyebabkan ada geseran pada cable clutch dan menyebabkan ianya putus.
Aku pula ini dah kali kedua kena tukar cable clutch dan kalau nak kata sebab clutch lever bukan puncanya sebab aku menggunakan clutch level original motor. Kalau sebab lain mungkin dan antaranya yang aku rasa ialah dari segi penjagaan seperti kurang spray minyak dekat cable clutch dan parking motor kena hujan yang menyebabkan karat. Mungkin juga masa bawak motor dalam keadaan pertukaraan gear yang tak betul dan tarik clutch yang terlalu cepat dan sebagainya menyebabkan ianya akan putus.
Apa-apapun selepas kali kedua aku tukar cable clutch ni aku nak tengok macam mana ianya dapat bertahan selama mana dan harapnya ianya tidak putus lagi.
Apa pun setiap pengalaman itu mengajar kita dan perlu untuk kita belajar dan cari punca kenapa cable clutch Z800 ni cepat sangat putus.ada juga suara nakal dari kawan-kawan suruh pakai je quickshifter supaya lepas ni takde lagi masalah cable clutch terputus
Akhir kata, selamat menyambut tahun baru 2018 dan azam tahun 2018 ialah nak ride pergi krabi dengan motor, semoga impianku tercapai. Azam dan impian korang nak gi ride mane?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan