Nasi Lemak Biker Stall |
2 hari sebelum nak sambut ramadhan hari ni, geng motor taman ajak ride ke awana genting highland makan satay kambing di Nasi Lemak Biker Stall belakang Restoran Al Esfan (Mamak), sebenarnya ride ni pun bukan lah dirancang lama, jenis up dalam group whatsapp lepas tu tiba-tiba jadi so malam tu janjinya tayar golek pukul 9 malam
Tengah berkumpul di rumah member taman sebelum ride ke awana, biasalah bila geng biker yang dah berumah tangga, bila janji pulu 9 malam ada yang terlewat sedikit sebab uruskan keluarga terlebih dahulu, ada yang gi makan dengan keluarga dulu ada yang pergi beli barang untuk keluarga dulu, dan sudahnya pukul 9.30 baru betul tayar golek.
Sebelum teruskan perjalanan, kami singgah dulu di Petronas Kuarters KLIA untuk isi minyak jadi masing-masing penuhkan tangki minyak dan kebetulan pula hari rabu malam khamis dimana malam tu pula minyak dijangka naik, so sudahnya penuh stesen minyak orang beratur nak isi minyak. Lepas isi minyak terus ride ke awana ikut jalan bandar baru salak tinggi > kota warisan > dengkil > cyberjaya > MEX Highway > Kuala Lumpur > Gombak > Awana Genting
Tapi masa dah masuk bandar kuala lumpur, member yang lead kami dah terlepas simpang masuk ke Duke Highway dekat jalan tun razak dan sudahnya berpusing-pusinglah kami di ibu kota kuala lumpur lebih kurang setengah jam haha.
Dah lepas bandar kuala lumpur kami ikut jalan kuching (ni group leader punya penangan) dan seterusnya masuk tol gombak, then bila dah masuk tol gombak masing-masing test skill, ada yang santai dan yang layan corner (termasuk aku), tapi malam tu ada pelbagai jenis motor jadi kami ride santai sahaja sebenarnya naik ke awana genting.
Anip (BMW F800GS - leader), Syazrul (Z1000SX - king overlander), Bari (ZX10-bro cool), Syafi (Versys 650), Khairi (Versys 650) then aku Z800, so pelbagai kategori motor malam tu so kami pun ride santai.
Kami sampai di Nasi Lemak Biker Stall untuk pekena satay kambing lebih kurang pukul 11 malam dan memandangkan sudah lewat hanya dapat satay daging dan satay ayam je, maklumlah penuh dengan geng biker yang datang malam tu, mungkin sebab nak puasa jadi penuh dengan geng biker yang ambil kesempatan untuk berjumpa sesama mereka sebelum tiba puasa masing-masing berehat sebentar dari ride.
Lepak lebih kurang sejam di kedai tu then kami decide untuk balik, seperti biasa ride pulang kerumah pun dalam keadaan santai tanpa perlu nak laju.
Apapun, kempunan satay kambing dan mungkin ini boleh dijadikan alasan untuk repeat balik ke sana nanti lepas raya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan