Kawasaki Z800 Oren |
Inilah jentera impian aku yang dah lama aku idamankan, masa mula-mula keluar hati dah terpikat dan selama setahun juga aku baca forum, blog, facebook dan juga review dari kawan-kawan sebelum meminang si z800 oren ni. Aku beli pada bulan disember 2014 yang mana masa tu model z800 warna oren dan hitam sahaja, kebetulan pada masa tu promosi nak habiskan stok sebelum keluar model 2015 dengan warna yang berbeza.
Harga OTR masa aku beli ialah RM 47,500.00 dan siap dengan aksesori percuma serta masa tu kawasaki malaysia bagi promosi percuma engine guard dan juga ekzos slip on brand italy iaitu Ginelli.
Kawasaki Z800 ni dalam kategori Naked Biked dan posisi tunggangan dia pun tidaklah membokok macam superbike dan tidak rileks macam bawa easy rider..tapi yang pasti memang sangat sesuai untuk dibawa di bandar-bandar sesak seperti kuala lumpur.
Ok ini sahaja dulu buat permulaan nanti kita sambung lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan