Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Selasa, 30 Mei 2017

Perancangan ride kuala lumpur ke kelantan

Bandar Enstek ke Kota Bharu
Sebenarnya dah nak masuk 3 tahun pakai motor z800 ni tapi belum pernah lagi motor z800 aku ni sampai ke kampung halaman sendiri di kelantan. Bukan tak teringin nak ride balik kelantan dengan motor z800 tetapi masa yang tidak mengizinkan serta komitmen lain yang menghalang.

Rancangan nak balik tu memamng dah ada dan kalau tengok kepada google maps, jarak daripada rumah aku ke kampung halaman ialah 503 kilometer dan kalau berdasarkan pada riding style aku mungkin ambil masa 5 jam termasuk stop isi minyak dan rehat.

Kalau ikut perancangan, 1 tangki penuh z800 iaitu 17 liter lebih kurang RM 28 sekali isi dapat pergi dalam range antara 210-250km, jadi kalau tengok pada jarak perjalanan tu memang kena isi 3 kali minyak, isi minyak sebelum bertolak, dan seterusnya next stop kalau ikut perancangan ialah di Petronas Benta sebelum sampai di R&R Benta. (Jarak lebih kurang 190km).

Seterusnya meneruskan perjalanan sejauh 150km lagi daripada petronas benta dan berhenti di shell R&R Gua Musang untuk top up minyak dan seterusnya berehat lebih kurang 15 minit mengikut jangkaan perancangan. 

Next stop ialah daripada Shell R&R Gua Musang akan terus ke kampung halaman dan tiada lagi stop memandangkan jaraknya daripada shell ke kampung aku lebih kurang 167km

Ni hanya perancangan dan kalau ianya berjaya nanti aku upload ceritanya diblog ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan